15 Jun 2023 | Kota Bharu, Kelantan
Lembaga Lada Malaysia (MPB) sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) amat komited untuk memastikan pekebun kecil lada dapat menjana pendapatan yang baik dan terus kekal relevan.
Mengambil kira persaingan sengit dalam pelbagai sektor ekonomi ditambah dengan kepesatan penggunaan teknologi terutamanya dalam sektor pertanian, perladangan mahupun komoditi, MPB terus fokus memberi latihan kepada pekebun kecil lada serta golongan belia yang berminat untuk mengusahakan tanaman lada melalui melalui latihan yang
berteraskan pembangunan modal insan seperti Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) yang telah masuk siri kelima tahun ini.
Para peserta diberikan pendedahan mengenai amalan penanaman dan pengurusan tanaman lada yang tepat, kaedah pengurusan penyakit dan perosak tanaman lada yang bersepadu, penggunaan aplikasi digital dalam tanaman lada serta topik - topik lain yang bermanfaat kepada para peserta.
Bagi membolehkan para peserta mendapat gambaran yang lebih jelas, latihan amali turut dijalankan di kebun lada bertempat di Rantau Panjang, Kelantan.
Untuk rekod, kursus siri kelima ini diadakan selama tiga hari bermula 12 - 15 Jun 2023.











