19 Januari 2024 | Kuching, Sarawak
Sepanjang dua hari bermula 18-19 Januari 2024, seramai lebih kurang 60 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Lada Malaysia telah 'berkampung' di Borneo Convention Centre Kuching sempena Bengkel Pelan Tindakan Strategik MPB-DAKN 2030 Sektor Lada bagi membincangkan hala tuju dan pelan strategik MPB sepanjang tahun 2024 dari pelbagai aspek agar program dan aktiviti yang dirancang dapat dipantau sekaligus dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah mewujudkan kesedaran terhadap pematuhan unjuran program dan projek seperti yang terkandung di dalam Pelan Tindakan bagi Dasar Agrikomoditi Negara 2021 – 2030 (DAKN2030); mengimbas kembali pelaporan sasaran dan pencapaian DAKN2030 Sektor Lada; membentangkan perancangan aktiviti dan unjuran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan agar selari dengan pelaksanaan lima teras dasar DAKN2023; serta merangka strategi bagi memastikan perancangan perbelanjaan dana awam dilakukan dengan menyeluruh.
Pengerusi MPB, YB Dato Anyi Ngau berucap semasa hadir ke Majlis Penutupan bengkel tersebut telah meletakkan amanah dan harapan tinggi kepada Pengurusan Tertinggi, pegawai - pegawai dan kakitangan yang hadir agar setiap strategi dan sasaran yang ditetapkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberikan manfaat kepada golongan sasar sektor lada.











