dewi77
5th World Assosciation Presidents’ Conference 2024 (WAPC) - MPB

5th World Assosciation Presidents’ Conference 2024 (WAPC)

Persidangan Presiden Pertubuhan Sedunia Kali Ke-5 (5th World Assosciation Presidents’ Conference) yang bertemakan “Mempercepatkan Liberalisasi Perdagangan Dan Mempromosikan Globalisasi Ekonomi” telah diadakan dengan jayanya pada 2 Disember 2024.

Persidangan untuk kali kelima ini julung kalinya diadakan di luar negara China dan untuk tahun ini Malaysia telah dipilih sebagai negara penganjuran 𝟓𝐓𝐇 𝐖𝐀𝐏𝐂 bersempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China ke-50.

Dalam mesyuarat tertutup yang diadakan, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah dijemput menyampaikan taklimat dan berkongsi pandangan serta informasi terkini berhubung potensi dan promosi industri lada di Malaysia.

Saraspice Sdn Bhd dan Joeyees Trading Sdn Bhd turut dijemput untuk menyertai pameran semasa persidangan 5th WAPC ini.

Majlis Perasmian 5th WAPC yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof ini turut dihadiri Presiden Malaysian Chinese Association merangkap Pengerusi Pengelola 5th WAPC, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah MPB,YBrs. Encik Vincent Sawat.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.