Pemindahan teknologi melalui kursus dan latihan merupakan salah satu pendekatan yang penting digunakan di Lembaga Lada Malaysia (MPB) ke arah menggalakkan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang mana maklumat disampaikan secara langsung kepada penggiat industri lada menerusi pembelajaran dalam kelas dan latihan amali di lapangan.
Begitulah antara objektif utama penganjuran Kursus Teknoogi Pengeluaran Lada (KTPL) yang memasuki siri ketiga tahun ini dengan penyertaan seramai 40 orang peserta dari Wilayah Semenanjung Malaysia pada 5 - 8 Ogos 2025 yang lalu.
Mewakili Ketua Pengarah MPB semasa majlis penangguhan kursus ialah Pengarah MPB Wilayah Semenanjung Malaysia, Encik Nelson Fu.











