Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti agrikomoditi di Batu Pahat, Johor

8 MAC 2026 | Batu Pahat, Johor

Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti agrikomoditi, dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia yang berlangsung di Batu Pahat, Johor telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.

Melalui ucapannya, YB Menteri menzahirkan penghargaan kepada para pekebun kecil yang menjadi tulang belakang sektor agrikomoditi serta menjelaskan pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk bantuan BUDI Agri Komoditi bagi membantu meringankan kos operasi pekebun kecil.

Selain itu, para tetamu hari ini berpeluang untuk mengunjungi reruai pameran produk koko dan lada bagi mendapatkan maklumat mengenai hasil penyelidikan dan pembangunan serta program sokongan bagi pengusaha sektor agrikomoditi.

Di majlis ini juga, YB Menteri berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam usaha menyemarakkan amalan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan ini.

Semoga penganjuran program seperti ini terus memperkukuh hubungan antara kerajaan, agensi dan komuniti agrikomoditi demi kemajuan sektor agrikomoditi negara.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.