Kunjungan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan), KPK, YBrs. Tn. Hj Shafie Taib sempena Lawatan Industri Lada.

27 April 2026 | Kuching, Sarawak

Lembaga Lada Malaysia (MPB) berbesar hati menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBrs. Tn. Hj Shafie Taib sempena Lawatan Industri Lada di Kuching, Sarawak hari ini.

Beliau turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan KPK, Puan Reni Junita Yahya; Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada, Cik Jaime Yeoh serta wakil pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Lawatan sulung ini memberi peluang kepada beliau untuk mengenali industri lada secara lebih dekat, disamping meninjau pelaksanaan Projek Pembinaan Pusat Industri Lada Negara (PILN) dan aktiviti penyelidikan lapangan yang dijalankan di Stesyen Penyelidikan Lapangan di Semenggok.

Sepanjang lawatan, delegasi telah diberi taklimat langsung menerusi walkabout session di lapangan serta turut berkesempatan bertemu dengan para pekebun lada di BRS Padawan.
MPB merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan daripada pihak KPK terhadap usaha pemerkasaan industri lada Malaysia.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.