Lawatan kerja YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi ke Lembaga Lada Malaysia (MPB)

4 Mei 2026 | Kuching, Sarawak

INDUSTRI LADA NEGARA TERUS DIPERKASA, FOKUS PRODUKTIVITI DAN PASARAN GLOBAL

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Lada Malaysia (MPB), di sini bagi memperkukuh hala tuju strategik industri lada negara yang kini memfokuskan kepada modenisasi dan penguasaan pasaran antarabangsa.

Industri ini terus menjadi penyumbang signifikan kepada ekonomi negara dengan nilai KDNK mencecah RM2,274.71 juta pada tahun 2025, selain menjadi sumber pendapatan utama bagi kira-kira 39,000 pekebun lada.

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri turut meninjau Loji Pemprosesan Fizikal serta Loji Penyisihan Warna baharu, yang berperanan meningkatkan kecekapan penggredan dan pemprosesan lada mengikut spesifikasi eksport global.

Penggunaan teknologi serta inovasi produk hiliran terus menjadi keutamaan Kementerian bagi memastikan lada Malaysia kekal kompetitif, mampan dan mematuhi standard keselamatan makanan antarabangsa.

Kerajaan kekal komited memacu sektor lada sebagai subsektor agrikomoditi bernilai tinggi yang berdaya tahan dalam mendepani cabaran perubahan iklim serta ketidaktentuan harga pasaran global.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.