Dialog Penanaman Lada Siri 4 2026 anjuran Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia

🗓️ 7 Mei 2026
📍 Kota Tinggi, Johor

Memupuk minat masyarakat terhadap aktiviti pertanian khususnya penanaman lada bukan perkara mudah, namun usaha tersebut terus giat diperkasa.

Perkara ini dapat dilihat menerusi sambutan positif daripada 30 orang peserta yang telah menyertai Dialog Penanaman Lada Siri 4/2026 anjuran Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia pada 6 Mei 2026 di Bukit Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Sesi dialog ini membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju industri lada termasuk peluang penyertaan di bawah Skim Tanaman Lada Baharu Johor Tahun 2026.

Pelbagai perkongsian turut diadakan merangkumi asas penanaman lada, inisiatif pembangunan industri, program sokongan MPB serta potensi komoditi lada sebagai sumber pendapatan yang berdaya maju.

Program seperti ini bukan sahaja menjadi medium perkongsian ilmu, malah membantu memperluas jaringan komunikasi antara MPB dan komuniti yang berminat untuk menceburi industri lada di Semenanjung Malaysia.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.