Lembaga Lada Malaysia (MPB) memanfaatkan platform World National & World Asia Tapas Competition, Exhibition, Festival & Seminar (WATCEFS) 2026 untuk mempromosikan Lada Malaysia menerusi sektor pelancongan gastronomi (𝐠𝐚𝐬𝐭𝐫𝐨𝐧𝐨𝐦𝐲 𝐭𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐦), sekali gus mengetengahkan keunikan 𝐆𝐞𝐨𝐠𝐫𝐚𝐩𝐡𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐆𝐈) Lada Sarawak kepada pengunjung serta pemain industri kulinari antarabangsa.
Menerusi pameran produk, aktiviti promosi dan sesi interaksi bersama chef profesional serta pengusaha hotel dan restoran dari pelbagai negara, MPB memperkenalkan Lada Malaysia sebagai ramuan premium yang mampu memperkayakan pengalaman gastronomi dan mengangkat identiti kulinari Malaysia di persada global. Penyertaan ini turut membuka peluang kepada pemain industri tempatan untuk memperluas jaringan perniagaan dan meneroka pasaran baharu.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen berterusan MPB dalam memperluas akses pasaran, meningkatkan nilai tambah produk lada serta memperkukuh daya saing industri lada negara di peringkat antarabangsa.











