Kursus Diseminasi Teknologi Tanaman Lada

Seramai 70 pekebun lada dari sekitar Ulu Sengaih menyertai Kursus Diseminasi Teknologi Tanaman Lada anjuran Pusat Latihan Pertanian (PLP) Jabatan Pertanian Sarawak Sungai Paoh di Rumah Limai, Julau bagi meningkatkan pengetahuan mengenai amalan pertanian moden dan teknologi terkini dalam pengurusan tanaman lada pada minggu lalu.
 
Program selama dua hari itu memberi penekanan kepada latihan amali di kebun mengenai demonstrasi teknik penjagaan tanaman, pembajaan, pengurusan racun makhluk perosak secara selamat serta penggunaan aplikasi digital Dr. Lada bagi membantu pekebun mengenal pasti penyakit tanaman dengan lebih cepat dan tepat.
 
Sesi bimbingan telah dikendalikan oleh para penyelia kawasan Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Bintangor yang diketuai oleh Ketua Pejabat Cawangan, Encik Victor Kano anak Changgai.

 

 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.