Ketua Pengarah MPB YBrs. Encik Philip Gaweng meneruskan kunjungan beliau ke Pejabat Cawangan MPB Betong pada hari ini.
Beliau telah meluangkan masa bersama pegawai dan kakitangan MPB Betong dan berkesempatan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pejabat Cawangan MPB Betong,
Puan Doris Melia Ranggau berkenaan perkembangan operasi pejabat serta aktiviti penanaman lada di bahagian tersebut.
Beliau turut menitipkan pesanan dan harapan buat warga kerja MPB Betong untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan sasar.
Turut serta bersama beliau ialah Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan Encik Langgi Chaling.











