29 September 2022 | Kuching, Sarawak
Usai sudah Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Manual PRP dan HACCP yang telah diadakan selama dua hari bermula 28 sehingga 29 September 2022 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching.
Manual PRP dan HACCP merupakan satu panduan dalam menghasilkan produk lada yang mematuhi standard dan piawaian kualiti yang ditetapkan dalam pensijilan akreditasi HACCP.
Justeru, penganjuran bengkel ini adalah bertepatan bagi mengkaji semula manual tersebut selaras dengan perubahan semasa dan peraturan - peraturan berkaitan keselamatan makanan yang terkini.
Untuk rekod, MPB telah memperoleh pensijilan HACCP untuk loji pemprosesan lada rawatan haba di MPB Kuching dan Sibu.











