dewi77
Ucapan 2019 - MPB
UCAPAN
YB TUAN LARRY SNG WEI SHIEN
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH LEMBAGA LADA MALAYSIA
AUDITORIUM BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, KUCHING, 17 MEI 2019
 
Yang Berusaha Encik Stanley JK Liew
Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia
 
Yang Berusaha Encik Philip Gaweng
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lada Malaysia
 
Yang Berusaha Encik Othman Sajili
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lada Malaysia
 
Serta hadirin yang dihormati sekalian.
 
Selamat pagi dan Salam Sejahtera.
 
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Lembaga Lada Malaysia (MPB) untuk tahun ini. Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan warga penggerak MPB dan bersama-sama dengan anda semua pada hari ini.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
  • Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seramai 40 orang pegawai dan kakitangan MPB yang dipilih untuk menerima anugerah pada kali ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 28 orang merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 manakala 12 orang lagi adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS).
  • Saya berharap agar pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan menyuntik semangat kepada saudara dan saudari untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan seterusnya menjadi role model dan mentor kepada warga yang lain.
  • Warga MPB perlu komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab menyokong Kerajaan membangunkan Negara.
  • Justeru, Kerajaan sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh penjawat awam dengan menyediakan pelbagai anugerah dan ganjaran.
  • Tidak dinafikan bergelar seorang penjawat awam bukanlah satu tugas yang mudah lebih – lebih lagi dalam keadaan suasana kerja yang semakin mencabar pada masa ini.
  • Dengan pelbagai isu dan salah laku pegawai yang melanda penjawat awam pada masa ini, sedikit sebanyak pasti mendatangkan persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
  • Maka, bagi membetulkan tanggapan tersebut, saudara dan saudari sekalian hendaklah terus berkhidmat dengan berpandukan peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan.
  • Malah, pengorbanan masa dan komitmen sentiasa diperlukan dalam setiap bidang pekerjaan tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang dalam organisasi. Yang penting adalah cara kita membahagikan masa antara pekerjaan dan kehidupan bersama keluarga.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
  • Pada 1 Mei yang lalu telah diadakan sambutan Hari Pekerja peringkat nasional di Putrayaja yang dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
  • Bertemakan “Pekerja Amanah Aspirasi Negara”, Tun M telah menekankan dalam ucapan beliau bahawa rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.
  • Beliau turut berpendapat bahawa hubungan yang baik antara Kerajaan, pekerja dan majikan akan menjadi pendorong kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Sungguhpun ada ketikanya wujud percanggahan pendapat, namun akhirnya penyelesaian “win-win” dapat tercapai dan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.
  • Kita sekarang sedang menghadapi Revolusi Perindustrian Ke-empat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi sekaligus memberi cabaran baharu seperti Internet of Things (IoT), Big Data, Artificial Intelligence (AI), simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud computing yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.
  • Ini secara tidak langsung memerlukan sektor industri negara untuk bergerak seiring dengan transformasi digital untuk ekonomi negara terus kekal berdaya saing.
  • Oleh itu, MPB adalah diseru untuk memanfaatkan segala kemudahan teknologi yang ada pada masa kini dalam rutin harian organisasi tanpa mengira perbezaan aspek / bidang core business.
  • Selain itu, para pegawai yang terlibat dalam pemberian bantuan mestilah proaktif serta memaklumkan para pekebun yang ingin memohon bantuan supaya mendapatkan borang permohonan dan penerangan lanjut berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan.
  • Selain itu, MPB juga perlu fokus terhadap perancangan dan strategi pada tahun hadapan terutamanya dari aspek penyempurnaan projek mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap pegawai dan kakitangan MPB perlu memberi kerjasama penuh dan berusaha gigih bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelaksanaan projek – projek tersebut.
  • Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pekebun kecil merupakan nadi yang terpenting dalam rantaian pengeluaran lada negara. Rasai dan selamilah denyut nadi mereka melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan agar kebajikan pekebun kecil lada ini tidak terpinggir dan mendapat perhatian yang sewajarnya.
  • Justeru, sebagai warga kerja MPB yang berdedikasi, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab saudara dan saudari sekalian dalam memastikan segala dasar-dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Hadirin sekalian,
  • Dalam pada kita bekerja dan menjalankan tugas harian di pejabat, janganlah kita lupa meluangkan masa untuk diri sendiri. Hidup kita bukan hanya untuk bekerja sahaja kerana kita sebagai manusia biasa juga memerlukan ruang untuk melupakan tekanan kerja di pejabat.
  • Jika ada kesempatan untuk bercuti, manfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin. Timba pengalaman di negara orang, bercuti bersama keluarga dan sebagainya. Dan kemudiannya, kembali bertugas dengan hati dan fikiran yang lapang.
  • Justeru, saya berharap agar saudara dan saudari akan terus mengekalkan momentum kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta menyokong dan menjayakan agenda transformasi negara.
  • Pengiktirafan melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga MPB untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dari tahun ke tahun.
  • Tidak dilupakan juga kepada para pegawai dan kakitangan yang telah sekian lama berkhidmat dengan MPB yang rata – ratanya telah menyertai MPB semenjak zaman Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dahulu, sama ada yang telah ataupun bakal bersara tidak lama lagi. Sumbangan dan jasa anda kepada organisasi amat tidak ternilai kerana anda adalah nadi kepada kecemerlangan organisasi.
  • Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima anugerah dan penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis pada petang ini. Tidak dilupakan penghargaan buat urusetia yang telah mengajurkan majlis ini.
  • Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan – rakan kita yang beragama Islam. Tidak dilupakan jua, Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa kepada rakan – rakan berbangsa Dayak yang bakal menyambutnya pada 1 Jun kelak. Berhati – hatilah ketika memandu semasa pulang ke kampung halaman pada musim cuti perayaan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
17 Mei 2019
WELCOME REMARKS
YANG BERUSAHA ENCIK STANLEY JK LIEW
KETUA PENGARAH LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH LEMBAGA LADA MALAYSIA
 AUDITORIUM BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, KUCHING 17 MEI 2019
 
YB Tuan Larry Sng Wei Shien
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
 
Yang Berusaha Encik Philip Gaweng
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
 
Yang Berusaha Encik Othman Sajili
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
 
Tuan Tuan dan Puan Puan,
 
Selamat pagi dan Salam sejatera kepada semua hadirin
 
  • First of all I would like to thank our Chairman, YB Tuan Larry Sng for taking time off his busy schedule to join us at today’s Majlis Anugerah Lembaga Lada Malaysia. On behalf of MPB, we honour & appreciate your presence.
Distingished guests, ladies and gentlemen,
  • The award presentation event or Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) is held annually and this is a great moment for MPB to appreciate and to recognise performing staffs who had demonstrated outstanding contributions and in performing their duties and works with diligence and commitment.
  • Generally, the selection for award recipients are based on the criteria, set out in the Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 tahun 2002, which covers the aspects of good work practices, good personality, active working atitude and their excellent contributions especially to the organization and the industry.
  • Award recipients will receive great incentives such as:
    1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang,
    2. hadiah prestasi sebanyak RM1,000; dan
    3. peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja.
  • The other award presentation today is the APS - Anugerah Perkhidmatan Setia. This long service award will be presented to permenant staffs who has served the organization for at least 25 years or more.
  • The APS Award is a form of appreciation that the board gives as a way to thank our dedicated staff for their contribution, devotion and loyalty while serving at MPB. This award is given in order to encourage staffs to continue serving the industry and stakeholders, at the same time continue their support to the organization.
  • This award presentation will be an ongoing event as mentioned in the Pekeliling. Congratulations, and well done to the award recipients as you have shown great work attitude, and your examplary commitment will encourage others to follow your foot-steps.
  • For those who did not make it, I hope this award ceremony serves as a motivation for you to perform even better so that you may be selected to receive this prestigious award in future.
Distingished guests, ladies and gentlemen,
  • Globalization and work loads that requires real time action should be potrayed by a dynamic, responsive and efficient personel. Although I just joined the MPB family recently, I do realize that every MPB staff has great potential and opportunity to grow further in accordance with the civil service transformation, if you possess the right attitude.
  • However, at times when we perform, ensuring the level of civil service at its best and to cater for the increasing demands of the community, we should perservere to give our best.
  • Nevertheless, I hope the fun of working, with the sense of responsibility and intergrity while carrying out our duties should be a culture among all MPB's officers and staffs.
  • Since I started serving this organization, I can see there are many issues and challenges that our agency is facing. The fall of pepper prices globally has given us great work pressure to work harder and to stay relevant in the industry. We are taking a number of initiatives to help to protect and to move up pepper prices in Malaysia, for the benefits of our farmers & stake-holders.
  • Such activites include the re-branding of SaraSpice products, setting up on-line e-commerce shop and enhance distributions & displays of SaraSpice products. We will continue to train and educate our farmers to produce and process their pepper into high quality Sarawak pepper so that they can fetch higher prices. The above are just a few of the initiatives we are doing.
  • We want to see the pepper industry grow stronger and better. The best example is we have already and continously produce great successful entrepreneurs by grooming them not just to be a common farmers but to be a successful businessmen.
  • In regards to this, we at MPB hope that the support from all parties and personel in MPB will continue, to build and grow stronger through team work of all our staff.
Distingished guests, ladies and gentlemen,
  • Before I end my speech, once again I would like to say thank you to our YB Chairman for sparing his busy time this morning to give out the awards and to be with us. I also would like to thank all the staffs who came this morning. The Management and the Board appreciate your presence, and this shows your commitment and support for MPB and the pepper industry as a whole, working together as a team.
  • A big thank you to the organizers and MPB staffs for putting this event together successfully, and you all have made this event a great one. Last but not least, Selamat Berpuasa to all Muslim staffs, and I wish all our Dayak colleages Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, and to our muslim colleagues Selamat Hari Raya in advance.
 
Thank you.
 
Stanley Liew
Director General
Malaysian Pepper Board
May 17th, 2019
TEKS UCAPAN
YB TUAN LARRY SNG WEI SHIEN
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN JALAN LADANG PEKEBUN KECIL DI RUMAH DOUGLAS ANAK JENUANG, SUNGAI SUGAI,
BELETI, PAKAN
 23 MAC 2019 (SABTU)
Selamat petang dan Salam Sejahtera.
 
Encik Langgi Chaling
Pengarah Kanan
Pejabat Wilayah Sarawak
Lembaga Lada Malaysia
 
Tuai Rumah Douglas Jenuang
 
Wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei, Tuai – tuai Rumah, Rakan – rakan media serta hadirin yang dihormati sekalian.
 
  • Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang telah membuat persiapan rapi sehingga kita dapat mengadakan majlis perasmian jalan ladang pada hari ini.
  • Penghargaan juga diberikan kepada Tuai Rumah Douglas Jenuang dan penduduk di sini kerana telah hadir bersama pada hari ini.
  • Saya turut diberitahu bahawa ada lagi wakil dari lapan (8) rumah panjang yang terlibat dalam majlis perasmian pada hari ini. Terima kasih kerana sudi hadir untuk memeriahkan program ini.
  • Sesungguhnya, pembinaan jalan ladang ini adalah bertujuan memberi impak yang menyeluruh ke atas pembangunan sosio ekonomi kawasan luar bandar dengan penyediaan kemudahan asas jalan ladang.
  • Pembinaannya dikaitkan dengan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.
  • Dalam skop jalan lada pekebun kecil lada, ianya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan lada seperti kerja- kerja penanaman dan penjualan lada di samping memudahkan mobiliti para penduduk di kawasan luar bandar.
  • Jalan ladang meliputi kerja-kerja naik taraf dan membina baru jalan ladang pekebun kecil persendirian bagi menghubungkan kampung-kampung berhampiran dengan kawasan kebun / ladang yang tidak terselia.
 
Tuan-tuan/ Puan-puan,
 
  • Untuk makluman, kos keseluruhan projek jalan ladang ini adalah berjumlah RM500,000 dengan kepanjangan sekitar 0.80km. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 12 September 2018 tahun lepas.
  • Jika dahulu penduduk di sekitar sukar untuk melalui jalan yang lama terutamanya pada ketika hari hujan, tetapi kini penduduk dari 12 pintu rumah panjang ini serta kawasan sekitarnya telah boleh menarik nafas lega apabila projek ini telah berjaya disiapkan.
  • Saya difahamkan bahawa tahun lepas terdapat 4 lagi projek jalan ladang di DUN Pakan yang telah dicadangkan untuk dibina dan telah siap sepenuhnya juga pada tahun lepas iaitu:-
  1. Jalan Ladang di Rh. Anthony, Sg. Merah, Dayu, Pakan
  2. Jalan Ladang di Rh. Anding, Sg. Kebuk, Dayu, Pakan
  3. Jalan Ladang di Rh. Hillary Apau, Rantau Sabong, Pakan
  4. Jalan Ladang di Rh. Udin Nunggang, Pakan
  • Harapan saya agar dengan wujudnya jalan ladang seperti ini, maka akan ada kawasan-kawasan baru yang akan dibuka bagi mempergiatkan lagi aktiviti penanaman dan penghasilan lada berkualiti eksport melalui pengamalan penanaman baik serta menguruskan kebun lada mereka dengan lebih cekap lagi supaya taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah yang tinggi dapat dinikmati oleh seisi keluarga.
 
Tuan-tuan dan Puan-puan,
 
  • Kerajaan mengambil maklum akan rintihan para pekebun lada terhadap masalah-masalah yang dihadapi dalam mereka membangunkan tanaman lada masing-masing.
  • Kita sedia maklum bahawa baru-baru ini harga lada telah mengalami sedikit penurunan sehingga memberi kesan ke atas pendapatan para pekebun lada di kawasan luar bandar.
  • Para pekebun disarankan untuk terus menyelenggara kebun mereka dengan baik dan tidak mengabaikannya pada ketika harga lada rendah seperti pada masa ini.
  • Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus melaksanakan projek-projek pembinaan jalan ladang serta penyaluran bantuan seperti Skim Tanaman Baharu Lada bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh pekebun lada di negara ini.
  • Saya mengharapkan projek jalan ladang ini dapat menjadi batu loncatan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran lada di kawasan ini sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun lada dengan menghasilkan lada Sarawak yang berkualiti tinggi.
  • Sememangnya telah terbukti bahawa aktiviti penanaman lada mampu meningkatkan taraf hidup dan juga sosioekonomi rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar.
  • Akhir kata, dengan sukacitanya saya merasmikan Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Rh. Douglas Jenuang, Sungai Sugai Beleti, Pakan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
23 Mac 2019
 
UCAPAN PENUTUPAN
YBHG. DATO’ DR. TAN YEW CHONG
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA
 
SEMPENA SEMINAR PENGGIAT INDUSTRI LADA BAHAGIAN SIBU
DI RUMAH BENJAMIN ANGKI, RANTAU KEMIDING, KANOWIT
26 APRIL 2019 (JUMAAT)
 
Yang Berusaha Encik Stanley JK Liew
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
 
Encik Langgi Chaling
Pengarah Kanan
Lembaga Lada Malaysia
 
Tuai Rumah Benjamin Angki
 
Penghulu / Ketua – ketua Masyarakat dan Tuai – tuai Rumah / Rakan – rakan Media serta hadirin yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan Salam Sejahtera.
 
  • Pertama sekali, saya ingin menyampaikan salam daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama.
  • Atas sebab-sebab tugas rasmi serta jadual yang padat, maka beliau tidak dapat hadir dan saya telah diminta untuk mewakili beliau dalam majlis ini.
 
  • Izinkan saya selaku wakil untuk meneruskan program ini dengan membacakan Teks Penuh Ucapan Penutupan YBhg. Dato’ KSU.
  • Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi untuk menjemput saya ke program Seminar Penggiat Industri Lada Bahagian Sibu 2019 yang bertempat di Rh. Benjamin Angki pada hari ini, dan seterusnya menyempurnakan penutupan program sebentar lagi.
  • Ucapan tahniah dan syabas kepada Lembaga Lada Malaysia dan Tuai Rumah Benjamin Angki serta penduduk di rumah panjang ini kerana telah berjaya menganjurkan program seumpama ini dimana bukan sahaja dapat berkongsi ilmu, tetapi juga boleh mengeratkan hubungan antara agensi dengan golongan sasaran.
 
  • Penganjuran program seperti ini mencerminkan komitmen dan tanggungjawab Lembaga Lada Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengusaha lada terutamanya para pekebun kecil.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Izinkan saya membaca sedikit maklumat berkenaan tanaman lada di daerah Kanowit. Dalam tahun 2018, Daerah Kanowit mempunyai keluasan tanaman lada matang yang dianggarkan dengan pengeluaran hasil lada sebanyak 498 tan metrikyang diusahakan oleh seramai 642 orang pekebun.
  •  .Di bawah Skim Tanaman Baharu Lada, Daerah Kanowit yang melibatkan kawasan DUN Machan dan Ngemah telah diberikan bantuan sejumlah RM624,000 sejak tahun 2016 hingga 2018. Seramai 170 orang pekebun telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut untuk keluasan tanaman lada seluas 17 hektar.
  • Maka, sudah jelas bahawa tanaman lada ini masih lagi relevan dan wajar diteruskan kerana pihak Kerajaan sentiasa menyalurkan bantuan dan dana melalui pemberian bantuan di bawah Skim Tanaman Baharu Lada yang dapat membantu meringankan beban golongan pengusaha tanaman lada.
  • Namun begitu, Kerajaan melalui MPB amat menggalakkan para pekebun kecil lada untuk menghasilkan lada yang berkualit melalui Amalan Pertanian Baik (GMP) kerana kualiti lada akan mempengaruhi harga lada ke paras yang lebih baik.
  • Oleh sebab itu, kita seharusnya berbangga kerana Lada Sarawak sangat berbeza daripada lada yang dihasilkan oleh negara pengeluar yang lain, yakni lebih berkualiti. Kualiti Lada Sarawak tersebut wajar dikekalkan, malah kalau boleh ditingkatkan lagi.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Kita sedar akan kesan yang dirasai oleh para pekebun kecil ekoran daripada penurunan harga lada semenjak beberapa tahun yang lepas. Malah, penurunan tersebut turut berlaku ke atas komoditi lain seperti kelapa sawit dan getah.
  • Kerajaan melalui Lembaga Lada Malaysia kini menggalakkan lebih banyak produk berasaskan lada dapat dihasilkan bagi mengembangkan potensi kegunaan lada dan bukan hanya sebagai komoditi mentah sahaja.
  • Produk lada Saraspice misalnya kini telah memiliki pelbagai rangkaian produk seperti gula – gula lada, perencah lada, minyak wangi lada dan sos lada hitam.Maka, para pekebun kecil lada turut digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menghasilkan produk berasaskan lada dan tidak hanya bergantung kepada aktiviti penanaman dan penghasilan komoditi lada mentah sahaja.
  • Sebagai contoh juga, Rh. Benjamin Angki ini bukan hanya sebagai rumah panjang biasa, tetapi dikomersilkan menjadi sebuah homestay sekaligus dapat menarik lebih ramai kunjungan daripada orang luar. Sama seperti itulah nilai tambah yang boleh dilakukan ke atas komoditi lada ini.Aktiviti / produk nilai tambah dapat mendatangkan hasil yang amat lumayan sekiranya ia diusahakan dengan baik melalui promosi yang berterusan dan strategi pemasaran yang tepat.
  • Oleh itu, industri komoditi negara amat memerlukan sokongan daripada para penggiat industri komoditi – pengeksport, pelabur, peraih, usahawan serta pekebun kecil untuk terus kukuh dan kekal relevan sebagai penyumbang kepada pendapatan negar
                        
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi – tinggi tahniah dan syabas kepada MPB dan semua pihak yang telah terlibat dalam membuat perancangan dan persediaan program ini.
  • Saya berharap agar pihak Lembaga Lada Malaysia akan meneruskan perancangan program seumpama ini kerana saya yakin ia mampu memberi manfaat yang besar kepada golongan sasar khususnya yang berada di kawasan pedalaman.
  • Mereka berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada Lembaga Lada Malaysia. Oleh itu, saya amat memuji inisiatif yang ditunjukkan oleh agensi ini dalam menyampaikan maklumat dan berkongsikan kepakaran yang berguna khususnya dalam aspek tanaman lada melalui penganjuran program seperti ini.
  • Akhir kata, sukacita saya merasmikan majlis penutupan program Seminar Penggiat Industri Lada Bahagian Sibu Tahun 2019.
 
Sekian, terima kasih.
Ketua Setiausaha
Kementerian Industri Utama
26 April 2019
UCAPAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH
LEMBAGA LADA MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN

LEMBAGA LADA MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2019

21 JANUARI 2019 (ISNIN)

 
Salam Sejahtera
 
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
 
  • Pengarah – pengarah Kanan, Pengarah – pengarah serta warga MPB yang dihormati sekalian.
 
PENDAHULUAN
 
Selamat pagi dan selamat datang ke Sesi Perhimpunan Bulanan MPB yang pertama sebagai permulaan tahun 2019. Dalam tidak sedar, 21 hari kita telah meninggalkan tahun 2018 yang penuh mencabar serta kenangan pahit manis yang akan tersimpan sebagai lipatan sejarah MPB.
 
Sebelum meneruskan ucapan, izinkan saya untuk menyampaikan beberapa perkara penting yang berkaitan sebagai panduan dan ingatan bersama.
 
PELANTIKAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA (KSU MPI) YANG BAHARU.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong di atas pelantikan beliau sebagai KSU MPI yang baharu berkuatkuasa dari 7 Januari yang lalu, sebagai menggantikan YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh yang telah berpindah ke Kementerian lain.
 
LARANGAN MENYEBARKAN ISU – ISU BERSIFAT PERKAUMAN
 
YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar, Ketua Setiauasaha Negara mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menyebarkan isu-isu bersifat perkauman terutamanya dalam media sosial kerana perkara tersebut hanya akan mengundang masalah sekaligus menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.
 
Justeru, tindakan disiplin dan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang tidak mematuhi arahan dan peringatan sepertimana yang dinyatakan.
 
PERUBAHAN NAMA UNIT / BAHAGIAN SERTA PERPINDAHAN / PERTUKARAN PEGAWAI & KAKITANGAN
 
Seperti kita semua sedia maklum, bermula pada tahun ini terdapat beberapa bahagian yang telah ditukar nama seperti Bahagian Perancangan Strategik dan Pelaburan;           Bahagian Perkhidmatan Perkilangan dan Penyelenggaraan; Bahagian Pembangunan Pasaran & Perniagaan; Bahagian Perkhidmatan Tanaman serta pengwujudan satu unit baharu dibawah Bahagian Kewangan iaitu Unit Perolehan.
Selain itu, baru – baru ini juga ada beberapa orang pegawai dan kakitangan yang bertukar bahagian serta yang berpindah ke Pejabat Cawangan. Tidak kira dimana jua anda ditugaskan, diharapkan anda dapat memberikan sumbangan dan komitmen penuh terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda.
 
KEPENTINGAN MENJAGA RAHSIA RASMI KERAJAAN
 
YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali, Timbalan Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, dalam ucapan beliau semasa perhimpunan bulanan JPM pada 19 Disember yang lalu telah menegaskan bahawa mana – mana individu yang disabitkan atas kesalahan membocorkan rahsia rasmi boleh dihukum dengan mandatori penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.
 
Sehubungan itu, beliau meminta agar kesemua penjawat awam mentaati ikrar perkhidmatan awam dan Perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk tidak membocorkan rahsia rasmi Kerajaan kerana perkara tersebut hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan, pertahanan, kewangan dan kredibiliti Kerajaan.
 
Dalam konteks MPB, saya menyeru kepada seluruh warga kerja MPB agar sentiasa menjaga imej MPB serta ditegah untuk menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kesahihnya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung melalui apa jua saluran media yang tersedia bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap organisasi.
 
TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN PREMIS DAN BANGUNAN MPB
 
Seluruh warga kerja MPB mempunyai peranan dan tanggungjawab masing – masing dalam menjaga keselamatan bangunan dan premis MPB sama ada di ibu pejabat, pejabat wilayah mahupun pejabat cawangan.
 
Sebarang kecuaian khususnya yang melibatkan aspek keselamatan bangunan dan premis MPB akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku sekaligus boleh mendatangkan kerugian kepada Lembaga dan Kerajaan.
 
PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP SIHAT
 
Pada masa ini, kita dapat melihat perubahan yang amat ketara dalam kalangan masyarakat apabila masing – masing mula mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersenam dan pemakanan sihat.
 
Di media sosial juga ramai yang membuat perkongsian tips untuk kurus, cara – cara senaman yang sesuai untuk setiap individu dan bermacam – macam perkongsian berkaitan kesihatan.
 
Sehubungan itu, saya menyarankan kepada KESUDA untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti kecergasan untuk warga kerja MPB kerana kita hidup bukan hanya untuk berkerja sahaja, tetapi juga untuk keluarga masing – masing. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita menjadi lebih fokus dan segar disamping awet muda.
 
 
PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI CABARAN DI TAHUN 2019
 
Sepanjang tahun 2018 banyak perkara yang telah kita lalui, disamping peristiwa besar iaitu perubahan kepimpinan Kerajaan, kita juga dikenalkan kepada pentadbiran yang berpaksikan kepada ‘Rules of Law’, yakni setiap satu daripada kita disini adalah tertakluk kepada undang – undang dan peraturan yang sama.
 
Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga kera MPB agar sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran baru pada tahun 2019 terutama apabila berlakunya transisi yang melibatkan Pengurusan Tertinggi MPB.
 
Walaubagaimana pun, adalah diingatkan sekali lagi agar sebarang perubahan yang berlaku hendaklah diterima dengan hati yang terbuka di samping kekal fokus terhadap hala tuju, visi serta misi MPB yang telah ditetapkan.
 
Selain itu, adalah dimaklumkan dengan adanya anak syarikat MPB kelak, maka fungsi dan peranan utama MPB akan lebih kepada aktiviti pengembangan dan peluasan kawasan tanaman lada serta penguatkuasaan.
     
PENUTUP
 
Bersempena dengan tahun baru ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memikirkan dan merenungkan kembali usaha – usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Perbaikilah apa yang telah silap dan tambahkanlah apa yang telah kurang di masa lepas.
 
Saya ingin melihat semangat kerjasama yang lebih jelas dalam kalangan warga MPB sekalian. Seperti yang saya katakan tadi, tiada salahnya kita mengenepikan perbezaan pendapat dan perbalahan sesama kita demi keharmonian agensi kerana teamwork makes the dream work.
 
Semoga kita akan terus bersemangat dan bermotivasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik selagi kita bergelar sebagai penjawat awam yang berkhidmat di MPB.
 
Akhir kata, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua warga kerja MPB.
 
Sekian, terima kasih
 
ENCIK PHILIP GAWENG
TIMBALAN KETUA PENGARAH MPB
21 JANUARI 2019

Halaman 1 dari 2