dewi77
Ucapan 2018 - MPB
TEKS UCAPAN
YB PUAN TERESA KOK
MENTERI INDUSTRI UTAMA
 
SEMPENA SESI TOWN HALL YB MENTERI INDUSTRI UTAMA BERSAMA PEMEGANG TARUH DAN PENGGIAT INDUSTRI
LADA MALAYSIA
HOTEL PULLMAN, KUCHING
27 NOVEMBER 2018
 
YBhg. Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
 
YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh
Ketua Setiausaha
Kementerian Industri Utama
 
YB Tuan Larry Sng Wei Shien
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
 
YBhg. Datu Ik Pahon Ak Joyik
Setiausaha Tetap
Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED)
 
YBrs. Dr. Alvin Chai Lian Kuet
Pemangku Pengarah
Jabatan Pertanian Sarawak
 
Encik Phillip Gaweng
Pemangku Ketua Pengarah, Lembaga Lada Malaysia
 
YBhg. Datuk/ Datu/ tuan-tuan/ puan-puan serta hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) atas penganjuran Sesi Town Hall MPI bersama pemegang taruh (stakeholders) dan penggiat industri lada di Malaysia. Saya amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan YBhg. Datuk/ Datu/ tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir pada majlis hari ini.
  • Sesi Town Hall ini memberi peluang kepada saya untuk mendekati dan mengenali para penggiat industri lada, pekebun, pengeksport, pelabur, usahawan serta agensi-agensi kerajaan yang selama ini berperanan secara langsung menghidupkan industri lada negara melalui aktiviti penanaman, perdagangan serta keusahawanan.
  • Sesi ini menjadi platform kepada pemegang taruh dan penggiat industri lada untuk berkongsi input, pandangan, serta aspirasi dalam membangunkan industri lada di Malaysia. Ia bakal menjadi platform kepada pihak yang terlibat untuk bersama-sama Kerajaan untuk menetapkan hala tuju industri lada di Malaysia dengan mengambil kira idea dan pandangan golongan yang sememangnya terlibat secara langsung dalam industri ini.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
  • Tidak dinafikan industri komoditi pada hari ini menjadi perhatian masyarakat ekoran daripada penurunan harga komoditi di pasaran dunia dan ramai pekebun yang terjejas pendapatan mereka akibat daripada penurunan harga komoditi tersebut. Industri lada juga tidak terkecuali dan keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, malah turut dirasai oleh negara-negara pengeluar lada dunia yang lain seperti Vietnam, Indonesia dan India.
  • Penentuan harga lada ini adalah tertakluk kepada harga komoditi lada di pasaran dunia. Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa pada masa ini harga lada berada pada paras RM8.20/kg untuk lada hitam dan RM14.70/kg untuk lada putih, menunjukkan sedikit peningkatan semenjak dua (2) minggu lepas. Semoga tren peningkatan harga ini akan berterusan seterusnya dapat membantu pekebun lada memperolehi pendapatan yang lebih baik.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Saya turut dimaklumkan bahawa masalah seperti peningkatan kos input pertanian, keadaan cuaca yang tidak menentu serta serangan penyakit dan perosak ke atas tanaman lada turut menjadi kekangan kepada para pengusaha lada. Sehubungan itu, para pengusaha lada adalah dinasihatkan untuk terus menjaga dan menyelenggara kebun/ tanaman mereka dengan baik menggunakan kaedah dan amalan pertanian terbaik yang telah dipraktikkan oleh MPB mahupun Jabatan Pertanian.
  • Walaupun tiada insentif khusus buat pekebun lada sepertimana yang dinikmati oleh nelayan, pekebun kecil getah dan pesawah, kerajaan melalui MPB telah menyediakan insentif serta bantuan sedia ada dalam Program Pembangunan Kawasan Penanaman Lada di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan siling peruntukan sebanyak RM 60 juta untuk tempoh lima (5) tahun mulai tahun 2016 hingga 2020. Bantuan yang diberikan kepada pekebun adalah dalam bentuk input pertanian seperti baja, dolomite, racun serangga, racun kulat dan juga dalam bentuk insentif keratan lada dan tiang sokongan.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Industri lada telah lama bertapak di Malaysia dan sudah semestinya telah memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah pekebun lada yang majoritinya berada di kawasan pedalaman. Justeru, saya memohon agar penggiat industri lada di Malaysia terutamanya pihak industri dapat meneruskan aktiviti pembelian lada daripada pekebun lada tidak kira semasa harga lada berada pada paras yang tinggi mahupun rendah.
  • Bak kata pepatah; bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sehubungan itu, saya menyeru agar para penggiat industri lada, pekebun, pengeksport, pelabur dan usahawan lada yang hadir pada hari ini untuk memberikan pandangan, berkongsi idea, serta buah fikiran demi pembangunan dan perkembangan industri lada yang kita sayangi.
  • Semoga dengan input (positif mahupun negatif) yang tuan/puan berikan pada hari ini dapat membantu Kementerian dan MPB untuk mencorak dan menghasilkan inisiatif yang lebih baik pada masa hadapan seterusnya dapat mengembangkan lagi industri lada di Malaysia.
  • Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak atas kesudian beliau untuk hadir bersama ke majlis pada hari ini. Tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai dari MANRED, Jabatan Pertanian Sarawak, rakan-rakan media dan sudah semestinya ucapan penghargaan ini juga saya titipkan buat pekebun, pengeksport, pelabur dan usahawan lada yang turut berada bersama dalam sesi town hall kali ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
Kementerian Industri Utama
27 November 2018
UCAPAN
YB TUAN LARRY SNG WEI SHIEN
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN SAMBUTAN PRA-KRISMAS
LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
HOTEL PENVIEW, KUCHING, SARAWAK
12 DISEMBER 2018
 
Yang Berusaha Puan Kanagadevi Pachaiappan
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kemajuan Industri Koko dan Lada (IKL)
 
Ahli – ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
 
Yang Berusaha Encik Philip Gaweng
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia
 
Wakil – wakil Media
 
YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan yang dihormati sekalian.
 
Selamat petang, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Baru.
 
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang berjaya menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2017 serta sambutan Pra – Krismas peringkat MPB tahun 2018. Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat bertemu dan bersama-sama dengan anda semua pada malam ini.
 
 
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seramai 39 orang pegawai dan kakitangan MPB yang dipilih untuk menerima anugerah pada kali ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 28 orang merupakan ialah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan 11 orang lagi adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS).
  • Saya berharap agar pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan menyuntik semangat kepada saudara dan saudari untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan seterusnya menjadi role model dan mentor kepada warga yang lain.
  • Warga MPB perlu komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab menyokong Kerajaan membangunkan Negara.
  • Justeru, Kerajaan sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh penjawat awam dengan menyediakan pelbagai anugerah dan ganjaran.
  • Tidak dinafikan bergelar seorang penjawat awam bukanlah satu tugas yang mudah lebih – lebih lagi dalam keadaan suasana kerja yang semakin mencabar pada masa ini.
  • Pengorbanan masa dan komitmen sentiasa diperlukan dalam setiap bidang pekerjaan sama ada daripada seorang buruh kasar mahupun pemimpin negara. Yang penting adalah cara kita membahagikan masa antara pekerjaan dan kehidupan bersama keluarga.
  • Justeru, sebagai warga kerja MPB adalah menjadi amanah dan tanggungjawab saudara dan saudari sekalian dalam memastikan segala dasar-dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Kerajaan melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) komited membela nasib pekebun lada dengan meneruskan bantuan berbentuk input pertanian, peralatan ladang, latihan dan khidmat nasihat melalui Skim Tanaman Baharu Lada, Skim Peningkatan Kualiti Peringkat ladang, Skim Usahawan Keratan, Usahawan Jual Beli Lada dan Pemindahan Teknologi Peringkat Ladang.
  • Bagi tahun 2019, peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan bagi melaksanakanSkim Tanaman Baharu Lada skim bantuan tersebut. Oleh itu, para pegawai yang terlibat dalam pemberian bantuan hendaklah memulakan tugas dari sekarang dan memaklumkan para pekebun yang ingin memohon bantuan supaya mendapatkan borang permohonan dan penerangan lanjut berkaitan bantuan tersebut.
  • Selain itu, MPB juga perlu fokus terhadap perancangan dan strategi pada tahun hadapan terutamanya dari aspek penyempurnaan projek mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap pegawai dan kakitangan MPB perlu memberi kerjasama penuh dan berusaha gigih bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelaksanaan projek – projek tersebut.
  • Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pekebun kecil merupakan nadi yang terpenting dalam rantaian pengeluaran lada negara. Rasai dan selamilah denyut nadi mereka melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan agar kebajikan pekebun kecil lada ini tidak terpinggir dan mendapat perhatian yang sewajarnya.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Dalam pada kita bekerja dan menjalankan tugas harian di pejabat, janganlah kita lupa meluangkan masa untuk diri sendiri. Hidup kita bukan hanya untuk bekerja sahaja kerana kita sebagai manusia biasa juga memerlukan ruang untuk melupakan tekanan kerja di pejabat.
  • Oleh sebab itu, malam ini juga kita akan turut meraikan sambutan perayaan pra – Krismas kerana saya percaya, ramai daripada kita di sini sudah mula dalam keadaan holiday mood memandangkan kita juga semakin menghampiri penghujung tahun
  • Sambutan perayaan sebegini yang diadakan di peringkat agensi sememangnya perlu dan harus diteruskan setiap tahun kerana ianya dapat mengeratkan perhubungan sesama warga kerja MPB. Suasana kerja yang harmoni adalah amat penting untuk dipelihara. Tanpa keharmonian akan menyebabkan suasana kerja kucar kacir dan akan menyusahkan semua warga kerja dan akan menggagalkan apa-apa pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu, keharmonian di tempat kerja hendaklah sentiasa dipelihara bagi membolehkan warga kerja menjalankan tugas harian aman dan damai.
  • Justeru, saya amat memuji usaha yang dilakukan oleh MPB dalam meneruskan tradisi sambutan perayaan seperti ini malah semestinya diteruskan lagi untuk tahun – tahun yang akan datang.
Hadirin sekalian,
 
  • Saya berharap saudara dan saudari akan terus mengekalkan momentum kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta menyokong dan menjayakan agenda transformasi negara.
  • Pengiktirafan melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga MPB untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dari tahun ke tahun.
  • Tidak dilupakan juga kepada para pegawai dan kakitangan yang telah sekian lama berkhidmat dengan MPB yang rata – ratanya telah menyertai MPB semenjak zaman Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dahulu, sama ada yang telah ataupun bakal bersara tidak lama lagi. Sumbangan dan jasa anda kepada organisasi amat tidak ternilai kerana anda adalah nadi kepada kecemerlangan organisasi.
  • Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima anugerah dan penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis pada petang ini. Tidak dilupakan penghargaan buat urusetia yang telah mengajurkan majlis ini.
  • Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada umat Kristian yang akan meraikannya pada 25 Disember nanti. Selamat bercuti kepada semua dan berhati – hati ketika memandu semasa pulang ke kampung halaman kelak.
  • And to all of you, enjoy the night and have fun. Semoga tahun 2019 akan memberikan rahmat dan limpahan rezeki yang banyak serta dipermudahkan urusan kita semua.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
12 Disember 2018
UCAPAN YB TUAN LARRY SNG WEI SHIEN
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA PROGRAM SEMINAR & DIALOG PEKEBUN LADA BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI BAHAGIAN SARIKEI 2018
 
DI DEWAN MAJLIS DAERAH SARIKEI
4 NOVEMBER 2018 (AHAD)
 
Encik Langgi Chaling
Pemangku Pengarah Kanan
Pejabat Wilayah Sarawak MPB
 
Tuan Residen Bahagian Sarikei
 
Para penggiat industri, rakan – rakan media serta hadirin yang dihormati sekalian. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Baru.
  • Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan seminar dan dialog seperti ini yang menghimpunkan segenap lapisan penggiat industri, iaitu daripada pekebun, peraih, usahawan dan juga pengeksport.
  • Saya berpendapat bahawa program seperti ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua bagi menjawab segala persoalan dan isu yang menjadi kekangan kepada industri lada sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa agar kita dapat bersama – sama menjernihkan keadaan melalui sesi dialog yang akan diadakan sebentar lagi.
 
Hadirin sekalian,
 
  • Saya difahamkan bahawa bahagian Sarikei menghasilkan lada terbanyak di Sarawak dengan pengeluaran mencecah 9,654 tan metrik yang melibatkan keluasan tanaman seluas 5,155 hektar pada tahun 2017. Jumlah tersebut adalah merangkumi pengeluaran dari 4 buah Daerah utama iaitu Sarikei (815 hektar),Julau (1,954 hektar),Pakan (1,983 hektar)danBintangor / Maradong (403 hektar).
  • Untuk menggalakkan penanaman lada di seluruh negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya, Kerajaan melalui MPB menyediakan bantuan berupa baja, dolomite, insentif untuk keratan lada dan tiang sokongan, pelerai, pengipas serta spiral separator di bawah Program Pembangunan Penanaman Lada.
  • Pada tahun 2018, jumlah pekebun kecil lada yang telah dibantu di bawah skim tanaman lada baharu adalah seramai 380 orangyang melibatkan keluasan sekitar ; berbanding pada tahun 2017, jumlah pekebun kecil lada yang dibantu adalah seramai300Kesemuanya melibatkan daerah Sarikei dan juga Pakan.
  • Kita sedar bahawa disebalik usaha untuk menggalakkan orang ramai untuk menanam lada, ada kata – kata sinis yang dilemparkan ekoran daripada kemerosotan harga lada yang berlaku pada masa ini. Kita amat prihatin terhadap nasib yang menimpa para pekebun kecil yang terjejas akibat daripada penurunan harga tersebut dan pastinya tidak memandang mudah terhadap rungutan golongan pekebun kecil.
  • Oleh sebab itu, Kerajaan melalui MPB telah memperkenalkan beberapa insentif bantuan seperti Skim Tanaman Lada Baharu, Skim Pengeluaran Lada Peringkat Ladang serta Skim Pembangunan Usahawan seperti Usahawan Keratan dan Usahawan Jual Beli Lada. Maka, para pekebun lada adalah diseru untuk tidak meninggalkan kebun mereka tanpa diselenggara kerana usaha dan penat lelah yang telah anda curahkan selama ini untuk membangunkan kebun tersebut bukan sedikit.
 
Hadirin sekalian,
 
  • Saya juga difahamkan bahawa Pejabat MPB Sarikei turut menjalankan aktiviti pemprosesan dan dan kawal selia pasaran (penggredan) yang melibatkan pemeriksaan setiap konsaimen dan memastikan pensijilan siap diperolehi dalam tempoh 2 hari selepas penerimaan laporan makmal. Selain itu, MPB Sarikei turut membekalkan data pelesenan dan penggredan terkini dan pencapaian bagi para pengeksport.
  • Pada tahun 2017, jumlah lada yang telah digred oleh MPB Sarikei dan dieksport adalah berjumlah (3677.4 metrik tan, 429.6 metrik tan lada putih). Sementara itu, bagi tempoh sehingga Oktober 2018, jumlah lada yang digred berjumlah (2846.1 metrik tan lada hitam, 318.7 metrik tan lada putih).
  • Antara gred lada yang mendapat permintaan tinggi untuk digred dan dieksport adalah seperti Gred Special Black (Yellow Lable) dan FAQ Black (Black Lable) untuk lada hitam dan Gred FAQ White bagi lada putih (Blue Lable).
  • Oleh itu, saya menyeru kepada pedagang – pedagang lada di bahagian Sarikei untuk terus memberikan sokongan bukan sahaja kepada MPB tetapi juga kepada industri secara keseluruhannya. Janganlah kita saling menuding jari antara satu sama lain di atas permasalahan yang berlaku. Para penggiat industri dan pihak MPB seharusnya bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
 
Hadirin sekalian
 
  • Sama ada kita suka atau tidak, transformasi harus dilakukan terhadap industri lada negara. Keadaan masa ini memperlihatkan bahawa industri komoditi dan pertanian bersaing sengit dengan industri primer lain yang mana telah terlebih dahulu mengadaptasikan teknologi dalam operasi harian.
  • Penghasilan produk baru berasaskan komoditi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah amat penting kerana pasaran untuk produk – produk tersebut masih luas dan belum diterokai disamping mampu meningkatkan penggunaan dan permintaan terhadap komoditi seperti lada demi kelangsungan industri lada negara.
  • Oleh sebab itu, kita di sektor komoditi harus bersedia menyahut cabaran yang dibawa oleh Industri 4.0 agar tidak ketinggalan daripada arus pemodenan teknologi.
  • Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak MPB merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua kerana sudi hadir pada hari ini. Kehadiran anda mencerminkan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh anda semua demi untuk melihat industri lada negara kembali bangkit.
  • Terima kasih juga kepada sekretariat yang telah menganjurkan program seperti ini. Diharapkan program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
4 November 2018
UCAPAN PERASMIAN
YB TUAN LARRY SNG WEI SHIEN
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA PROGRAM SEMINAR & DIALOG PEKEBUN LADA 2018
 
DI RUMAH LINGGANG ANAK KAYA, MERAMPU, SUGAI
PAKAN
9 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
 
Encik Langgi Chaling
Pemangku Pengarah Kanan
Pejabat Wilayah Sarawak MPB
 
Tuai Rumah Linggang Anak Kaya
 
Pemesai-pemesai upis perintah / pengulu / Ketuai Mesyarakat enggau bala tuai-tuai rumah/ raban pemberita sereta bala mayuh ti dipebasaka semua. Selamat pagi enggau tabi basa nuju kita semua.
  • Keterubah ya aku deka meri puji sereta terima kasih laban Program Seminar Enggau Dialog Pekebun Lada Tahun 2018 ti kedua baka ke taun tu udah mujur diatur baka ke saritu ba Rh. Linggang Anak Kaya sepengudah program ti sebaka diatur ba Sri Aman empai lama ke udah. Aku mega enggau pengaga ati ngelaluka penatai bala maioh ke ulih datai bergempuru kelebih agi kita ari pelilih menua pegai Pakan.
  • Aku berasai temegah ati laban program randau ke bakatu tau meri reti ka amat besai ngagai kitai ke diau ba rumah panjai ti ngemeranka pengawa betanamka lada laban ulih betemu enggau bala pemesai-pemesai ari upis lada ke bisi datai ditu. Baka ka saritu sida datai lalu meri jaku penerang ngagai kitai bekaul enggau lada awakka kitai nyemetak agi nemu laban pelilih menua Sarikei tu siti ari menua ti mayuh serta terbilang mansutka asil lada ba menua Sarawak ianya 9,654 tan metrikenggau pemesai dandang kebun mungkur 5,155 hektar ba taun 2017. Pemesai dandang kebun nya nyengkaum 4 iti pelilih daerah ti besai ianya Sarikei (815 hektar), Julau (1,954 hektar), Pakan (1,983 hektar) sereta Bintangor / Maradong (403 hektar).
 
Bala mayuh ti dipebasa,
 
  • Kemari bala kita udah enggau kursus Lanjutan In-situ Program 1AZAM ari bala pemesai Opis Lada ti meri penerang bekaul enggau chara ngintu kebun lada nitihka Amalan Pertanian Baik (GAP) sereta demo penanaman ba kebun. Udahnya pagi tadi kita mega udah ninga ka licha ba senentang chara ti ulih dikena nagang penyakit ti tau ngemunaska lada tauka kebun lada ari majak ngerekai.
  • Nyadi baka ka pagitu, munyi ka dipadah aku tadi, kitai begempuru ba Rh. Linggang ngambika kitai sama ulih besaut – tanya ba senentang pekara ti nyeruga industri lada kemaya dia. Kelimpah arinya, pengari ari Opis Lada mega bisi meri penerang bekaul enggau chara betanam ka lada ti ulih ngemansutka asil ke mayuh serta berkualiti.
  • Pengawa randau ke bakatu meri besai amat reti ngagai kitai ke betanamka lada laban perintah seruran ngemata sereta ngatur mayuh program dikena ngelaku ka agi industri lada di menua tu ngagai mensia mayuh.
  • Kitai sama bela nemu, pengawa ka bekebun lada sigi meri penguntung laban ulih nambahka penatai pemisi kelebih agi kitai ka diau ba menua pesisir. Taja pan ekonomi diatu enda tentu manah, tang nya ukai nyadi penanggul laban industri lada siti ari komoditi ti meri untung eksport menua Malaysia ninting taun kelebih agi kitai di menua Sarawak.
              
Bala mayuh ti dipebasa,
 
  • Naka diatu, MPB seruran meri bantu sereta ajar ngagai urang ke bekebun lada ngambika sida ulih mansut ka asil lada ti mayuh sereta ngembuan kualiti ti pemadu tinggi baka ke udah ditetapka MPB. Tikas pemanah lada ba menua Malaysia ianya siti ari identiti lada Sarawak ti dikembuan ari jeman kelia semampai bulih peminta ti tinggi ari bala urang ti bedagang ka lada ba menua Malaysia enggau makit dagang antarabansa.
  • Dikena ngetanka pemanah kualiti lada, dia MPB seruran chakah meri latih sereta licha kena ngiri penemu ngambika urang ke bekebun lada ulih ngembuan penemu chara nanam, ngintu sereta memproses lada enggau betul.
  • Tajapan 98% urang ke nanam lada mayuh ba menua Sarawak, tang kitai enda sedar sekalika enda nemu senentang kualiti ti dikembuan Lada Sarawak nya empu. Ke bendar ya, Lada Sarawak cukup dikelala ba serata dunya ari jeman kelia ti dibandingka enggau menua kitai empu laban tikas pemanah Lada Sarawak nadai ulih dibanding enggau lada ari menua bukai.
  • Nya kebuah ia 90% ari asil lada ti dikeluarka menua kitai mayuh agi dijual sekalika nya dieksport ke menua tasik baka Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapore, China sereta menua Eropah baka Amerika Syarikat ketegal urang ba menua ti jauh mansang tu lebih silik agi lalu ngemeranka kualiti produk ke dikena ninting ari ti engkeman enggau standard ke udah ditetapka menua sida ia.
 
Bala mayuh ti dipebasa,
 
  • Kitai sama nemu rega lada diatu balat amat nurun lalu ngasuh bala ti betanamka lada irau ati. Pia mega bala kami ba MPB. Laban asil betanam sereta bejualka lada tu nyadi pun penatai pemisi ngagai ruang bilik sida di menua pesisir. Naka ka saritu, rega lada chelum manggai ba RM7.50/kg; rega lada burak RM14.00/kg. Rega lada kala datai ba tikas ti pemadu tinggi ba taun 2015 ianya RM30/kg lada chelum serta RM50/kg lada burak.
  • Kami nemu maioh urang nyalahka MPB ketegal pekara tu nyadi. Tang kitai patut nemu rega komoditi baka lada, kelapa sawit , getah enggau koko bepanggai ba peminta makit dunya. Baka ka diatu, negara Vietnam enggau Indonesia nyadi pengeluar lada ti besai ba dunya.
  • Bisi mega sekeda ari urang ka bejual beli lada ngembuan strategi ke dikumbai “tunggu dan lihat” ianya nyadi siti ari kebuah rega lada tu enda tentu. Nya alai, aku ngarapka kita ke bisi ngembuan asil lada dilalau anang guai dulu nyual lada kita lebuh rega benung baruh diatu. Simpan dulu, jual sepengudah rega ia niki baru ila.
  • Siti agi utai ti nanggul bala sida ke bekebun lada ianya rega baja enggau racun (kos input pertanian) ti majak mar, enda setipak enggau rega lada ti majak nurun kemaya ari tu. Gaya ari ti enda tentu kelebih agi selalu ujan baka ke diatu sereta penyakit enggau jelu ti ngachau lada mega udah meri penanggul ngagai bala ke bekebun lada.
  • Nya kebuah, MPB sigi semampai nyediaka bantu ngagai urang ke bekebun lada ba baruh Skim Tanaman Baharu Lada. Program tu, ngayanka pemereti ati perintah kelebih agi MPB ti seruran ngemeranka komoditi lada lebih agi kitai di Sarawak. Nya alai, urang ke bekebun lada dipinta seruran nyaga sereta ngintu kebun enggau manah awakka ulih meri asil ti maioh sereta bekualiti manah lalu ulih meri penatai pemisi ke pemadu tinggi ngagai ruang bilik.
  • Kelimpah ari nya, lada mega ulih digaga nyadi asil produk ke bukai baka minyak wangi, sos, gula – gula sereta mayuh agi produk bukai. Nya alai MPB udah dilalau ngambika ulih ngemeratka agi pengawa R&D dikena ngasilka produk baru lalu enda semina bepanggai ba komoditi lada aja. Makin maioh produk ulih digaga ari lada, makin maioh mega peminta deka ngemansutka asil (produktiviti / pengeluaran) lada.
 
Bala mayuh ti dipebasa,
 
  • Sebedau aku nyurutka diri, sekali agi aku meri pengaga ati enggau terima kasih ngagai Tuai Rumah Bali Anak Ambu enggau bala nembiak ia ka udah kiruh nulung ngatur program tu.
  • Aku ngarapka program ke bakatu ulih diteruska ba taun-taun ti deka datai laban ia nyadi ke pelasar ti nyemetak bendar dikena meri penerang serta peransang ngagai urang ke diau ba menua pesisir kelebih agi sida ti ngemeranka pengawa betanam ka lada.
  • Jaku lalau ke penudi ngagai bala ka betanam lada, aku ngarap ka kita anang leju anang lembau ngerembaika pengawa betanam lada nyadika Sebengkah Ari Pengawa Dagang ti ulih meri penguntung.
  • Enggau tu, aku ngerasmi Program Seminar dan Dialog Pekebun Lada Tikas Menua Pakan Taun 2018.
 Terima kasih.
 
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
9 November 2018
TALKING POINTS
YB TUAN SHAMSUL ISKANDAR BIN MOHD AKIN
TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA
 
SEMPENA LAWATAN KERJA RASMI KE IBU PEJABAT LEMBAGA LADA MALAYSIA KUCHING
31 OKTOBER 2018
 
  • Selamat pagi diucapkan kepada semua yang telah hadir untuk Sesi Taklimat pada hari ini.
  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MPB kerana sudi menerima kedatangan saya pada hari ini. Lawatan sulung saya pada kali ini menjurus kepada taklimat dan perbincangan secara menyeluruh tentang perkembangan terkini MPB terutamanya berkaitan projek serta isu – isu yang dihadapi pada masa ini.
  • Komoditi lada ini boleh dikatakan agak besar penguasaanya di pasaran dunia yang mana dijuarai oleh negara Vietnam. Saya difahamkan pada masa ini Malaysia menduduki tangga ke-6 sebagai antara negara pengeluar lada terbesar dalam kalangan negara IPC.
  • Keluasan tanaman lada di Malaysia adalah dijangka akan mencapai 17,437 hektar dengan jumlah anggaran pengeluaran sebanyak 31,000 tan metrik untuk tahun 2018 berbanding keluasan seluas 17,087 hektar pada tahun 2017 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 30,433 tan metrik.
  • Nilai eksport lada negara bagi tempoh tujuh bulan pertama (Januari – Ogos) tahun 2018 adalah sebanyak 6,780.09 tan metrik yang juga bernilai . Majoriti eksport lada Malaysia adalah ke negara Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China.
  • Tidak dinafikan industri komoditi pada hari ini menjadi perhatian masyarakat ekoran daripada penurunan harga komoditi di pasaran dunia dan ramai pekebun yang terjejas pendapatan mereka akibat daripada penurunan harga komoditi tersebut
  • Saya percaya rakan – rakan di agensi termasuknya pihak kami di Kementerian telah berusaha sebaik mungkin mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh para pekebun kecil.
  • Ianya benar bahawa kita tidak dapat mengawal harga komoditi di pasaran dunia seperti harga lada. Saya difahamkan pada masa ini harga lada adalah berjumlah RM7.51/kg untuk lada hitam dan RM14.00/kg untuk lada putih.
  • Kita juga sedar bahawa harga lada pernah mencecah paras tertinggi pada tahun 2015 dan penurunan harga terus berlaku semenjak tempoh tersebut.
  • Sehubungan itu, kerajaan melalui MPB telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:-
  • Meningkatkan penggunaan lada dalam negara melalui penyertaan dalam aktiviti promosi seperti pameran dan ekspo; menganjurkan program galakan pasaran serta menerokai penyelidikan produk tambah nilai berasaskan lada seperti perencah berlada, gula – gula dan banyak lagi.
  • Memberi pendedahan kepada para pekebun kecil tentang pentingnya untuk menghasilkan lada yang berkualiti seperti Lada Putih Krim dan Lada Berkualit Eksport melalui program – program ceramah dan seminar supaya pekebun kecil lada mendapat pulangan yang lebih lumayan.
  • Memperkenalkan beberapa produk lada tambah nilai peringkat ladang seperti Lada Steril (Mikrokleen) dan serbuk lada yang dijual terus ke Pasaran Istimewa (Niche Market) seperti Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong dan lain – lain negara yang lebih mementingkan keselamatan dan kualiti makanan.
  • Pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan terutamanya dalam aspek penghasilan produk baru bukan makanan (non-food) yang berasaskan lada seperti kosmetik, mosquitto repellent dan sebagainya.
  • Selain itu, projek Pembangungan Industri Lada Negara (PILN) masih dalam pelaksanaan dan status fizikal projek telah mencapai 29.92% dan dijangka siap pada Februari 2020. PILN akan berfungsi sebagai pusat aktiviti pengembangan lada yang terancang, meningkatkan keluasan kawasan penanaman lada sedia ada sekaligus merancakkan lagi aktiviti penyelidikan di sektor hiliran lada.
  • Justeru, pihak Kementerian amat berharap agar MPB dapat terus berkembang selepas ini seiring dengan wawasan Malaysia Baru. Sekian, saya serahkan kembali kepada sekretariat untuk taklimat seterusnya. Terima kasih.
 
 
Kementerian Industri Utama
31 Oktober 2018

Halaman 1 dari 2