Seminar Pembangunan Pasaran Dan Perniagaan Untuk Agropreneur Lada Siri 1/2019 telah diadakan dengan jayanya pada 11 November 2019(Isnin) bertempat di Hotel Premier Sibu, Sarawak. Seminar ini telah menerima penyertaan seramai 33 orang peserta dari kawasan Sibu, Sarikei, Bintangor, Kanowit, Julau dan Meradong.
Seminar ini diadakan untuk memberikan pendedahan awal kepada usahawan-usahawan yang berpotensi iaitu para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pedagang dan usahawan pekebun lada berkenaan potensi pembangunan pasaran produk-produk hiliran lada di dalam serta luar negara.
Para peserta turut diberikan pendedahan mengenai Peraturan-Peraturan Lembaga Lada Malaysia (Pelesenan dan Penggredan) serta isu-isu pemasaran berkaitan seperti kawalan keselamatan makanan serta Amalan Pertanian Baik (GAP). Ini termasuk berkenaan prosedur eksport dan import lada bagi mematuhi akta-akta berkaitan.
Objektif penganjuran Seminar Pembangunan Pasaran Dan Perniagaan Untuk Agropreneur Lada Siri 1/2019 bertempat di Sibu, Sarawak adalah seperti berikut;
Pengisian seminar adalah melalui tiga topik ceramah yang disampaikan oleh pegawai MPB sendiri dan lawatan sambil belajar diadakan ke Pejabat MPB Sibu.
Semoga melalui seminar sebegini dapat meningkatkan kemahiran asas usahawan di dalam perniagaan lada, meningkatkan kemahiran dan daya saing usahawan selaras dengan kehendak pasaran dan usahawan menerima pendedahan serta persediaan berkenaan cabaran yang perlu dihadapi di dalam perniagaan lada.